Assalamualaikum sahabat
Ketahuilah, antara sebab-sebab jiwa tidak tenang adalah seperti berikut:
• Banyak menzalimi orang
• Banyak membuat dosa
• Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
• Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
• Tidak percaya wujudnya Allah Taala
• Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
• Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.
Orang yang berada di dalam tidak tenang, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, selalunya dia tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak mu-ram, susah hatinya.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, berhentilah daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.
Inshaallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan