Haii... bertemu kembali di Blog Uni Esi
Di zaman sekarang tentu rame yang punya hubungan jarak jauh termasuk saya sendiri.. hehe...
Disini saya akan menulis tentang tips hubungan jarak jauh atau dengan istilah LDR..
Setia walaupun jauh
Memang
pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita
berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa,
tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi
sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu,
walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama
kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan
kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan
disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila
dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat
dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan
jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga
adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa
dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan
si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang
sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah
tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin
memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu,
rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi
hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap
malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan
khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia
pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan
mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan
berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call
anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila
sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah
membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya
tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an
bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah
bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk
seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun
perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa
bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh
di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan
kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta
jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu
datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat
kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu
sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan
memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir
kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan
dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan
kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu
bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya
merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan
mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
ok guys... semoga hubungan klen Langgeng sampai jannah..
Amiin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BAJU BASIBA JO TINGKULUAK
Baju Kurung atau baju kuruang basiba merupakan pakaian kaum perempuan Minangkabau yang sudah dikenal identitasnya dan menjadi identitas pere...
-
When do you use 'brain' or 'mind'? We've explained the differences for you! 'Brain' refers to the physical orga...
-
TAHUKAH ANDA ... 1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin? 2. Percayakah anda bahawa ekstrak ...
-
Baju Kurung atau baju kuruang basiba merupakan pakaian kaum perempuan Minangkabau yang sudah dikenal identitasnya dan menjadi identitas pere...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan